Seorang jururawat didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Siput pada Isnin, atas tuduhan membunuh bayi kandungnya yang berusia lapan bulan, minggu lepas.<br /><br />Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap T. Rebekal, 30, di hadapan Majistret Nurul Asyifa Redzuan.
